Saturday, 2 November 2013

Sahabat

SAHABAT,

Kau umpama tasbih,
Yang ada mulanya tetapi
Tiada penghujungnya,,

Kau mampu meredakan apa jua
Kesulitan yang ku hadapi
Disaat ku goyah,,
Kau membangkitkan
ketabahanku kembali,
Ketabahan yang setanding Ibrahim dan Hajar,
Kau sentiasa menjaga perhubungan kita,
Umpama Rasulullah S.A.W dan para sahabat,
Kau mahukan aku sebahagia Yusuf dan Zulaikha,
Walaupun kau sendiri berduka,

Sahabat,
Saat kau menangis dalam diam,
Aku mampu mendengar sendumu itu,,
Saat kau berduka membuatkan hatiku,
Berjerebu seakan awan sajak mu,,

Sahabat,
Kau sentiasa disisiku,
Sesetia Sulaiman dan Balqis,
Sedarkah kau sahabat perhubungan ini seindah,
Perhubungan Adam dan Hawa,,

-tasta-

Thursday, 31 October 2013

Life Budak Kampung

Hari ini, aku menyedari bahawa hidup kita juga seperti Bus dan Matahari,,, seperti mana juga 'Kehidupan seperti Roda'.

Kenapa Bus dan Matahari?
Bus adalah perjalanan hidup kita,,,
Manakala Matahari membawa kebaikkan dan keburukan,,,

Jika kita berada didalam bus, saat matahari berdiri tegak disisi cermin bus tersebut, usahlah ditutupi dengan tirai kerana panas,,
,,,,,akan tiba di lain selekoh, matahari berkemungkinan berada dibelakang bus tanpa kita merasa panas lagi,,
Seperti juga apa yang baik dan buruk berada di sekeliling kita,,

Tak semua apa yang bakal kita alami dalam hidup ini adalah baik,,,
semestinya buruk juga,,, dan bukan juga buruk itu tidak baik,,,
Pengalaman hidup mematang kita,,, =)

Wednesday, 30 October 2013

Hadiah daripada along tersayam sempena birthday ke 21,,,
kami memang gengster!
Like Candy Crush,,, =)

Tuesday, 29 October 2013

Monday, 28 October 2013

Mencari sinar kebahagiaan di dalam kegelapan?
Akan munculkah sinar itu?
Saat,,, gembira kau lupa Tuhan mu,,,
Saat,,, terluka kau kembali mengingatinya,,
Adilkah konsep itu?
Ya! Ia adil hanya antara kamu dan Tuhan,,,
Kerana Tuhan Maha Pengampun,,,,,,,,
Sajak Cinta Sederhana

Aku serupa embun-embun pagi berdiam diri dengan sejuk                               
  setia kepada bumi, saling memeluk sebelum merelakan diri—dibakar oleh matahari
aku tak pernah berniat untuk menyembah berhala cinta                                 
 lalu berdoa dan berharap semoga ia dapat menyembuh segala luka
(seperti Hawa tercipta untuk Adam, seperti itu pula aku membutuhkanmu; 
agar aku tak merasa sendirian dan kesepian.)
sebab kesederhanaan adalah langkah awal menuju bahagia                              
untuk kita sepasang rindu yang saling cinta
engkau adalah gerhana matahari, tanpa nama dan cahaya kau tetaplah bermakna
tiba-tiba aku ingin menjadi Ksatria, bersama remah-remah bulan                        
untuk menemani gelap-lelap tidurmu—dengan setia
mantra-mantra cinta dan doa telah aku rapalkan                                               
 bila itu benar dan baik, biarkan Tuhan yang aminkan
ini sajak sederhana untukmu, tapi untuk memilikimu tak sesederhana itu             
aku hanya hendak menikmati indahmu—seperti pelangi dari jauh.
#PENYIHIRHATI
Bekasi, 2012.