Sunday, 22 June 2014


Mencari Diri Yang Hilang.



Assalamualaikum,,,, Konbanwa mina san =) 
TEGUH?
Terciptanya Lagu teguh kerana di olah dari lagu sebenarnya "TITANIC",,,
Encik Marwan pensyarah bagi subjek Falsafah Ilmu telah memberi satu tugasan yang berbentuk produk,, bermacam-macam produk yang boleh pelajar buat. Ideanya mestilah asal dan tanpa di ciplak.
Lagu teguh telah dicipta liriknya oleh Nik Syakil Berlian Putih, mempunyai bakat yang besar dalam bidang alatan muzik. Lagu ini bukan diiringi muzik moden tetap cukup sekadar Rebana Ibu, Rebana Anak, Gong, Canang, Tamborin dan Serunai. Ianya tersangat menarik, kerana lagu yang berunsur keislaman ini mampu digabungkan dengan alatan muzik tradisional. Dalam menjalankan tugasan ini kami di bantu oleh mereka yang hebat-hebat belaka. Sepertinya Puma Sang Bayu-Rebana Anak, Alang Rebana Mas-Rebana Ibu, Athirah Permata Salju-Tamborin, Roslan- Canang, Badrulhisyam-Gong dan Nik Syakil Berlian Putih sendiri yang menyanyi dan bermain serunai. Idea terciptanya lagu ini sendiri datang daripada Salmiah Che Amat. Asalnya saya menyangka kami akan mencari satu lagu dan mengolahnya dengan panjang lebar, tetapi berlainan dengan idea mia yang kreatif ini. Di carinya satu lagu cinta 'titanic' dan di olah dengan bait lirik yang indah, serta alunan muziknya yang menjadikan saya sendiri untuk turut serta menyanyi. Di ikuti dengan Jurukamera yang comel NurZarith Farhana, tekun dalam berusaha untuk menjadikan kesempurnaan video ini. Nor Fatihah Ismail sendiri menjadi Editor, seorang sahabat yang cukup berbakat dan saya sendiri Pengarah yang tak tahu apa-apa.Tapi, siapa sangka dengan lagu yang terciptanya sekejap sahaja mampu mencuri hati Encik Marwan sendiri. Bukan itu sahaja, lagu ini menjadikan saya berfikir dan termenung jauh, untuk menjadi manusia yang hebat dari segi akhlak serta akidah, ianya tidak cukup dengan sekadar bait-bait ayat. Diri kita sendiri berserta mentaliti harus melangkah maju dengan yakin dalam menuntut serta mencari keredhaan ilahi. Layakkah? persoalan itu sering berlegar difikiran saya sendiri. Terasa takut untuk terus melangkah,, mencari dan terus mencari. Tapi sampai bila? Apa yang hilang? Diri sendiri? Sebelum bercakap tentang kelemahan orang lain, saya sendiri perlunya memperbaiki dalam mencari diri yang hilang.  Tiada yang mustahil jika dengan kehendak-Nya. Manusia boleh berubah. Baik menjadi jahat, jahat menjadi baik. Setiap suratan Allah telah tetapkan dan kita sendiri yang harus memilih pilihan yang tepat dalam menghadapi kehidupan dunia ini. Terjumpanya saya satu sajak ini, ralit saya meneliti sehingga membandingkan saya dan meletakkan saya ditempat penyajak itu sendiri. Begitulah kita menjaja hidup kepada dunia. Lebih mengenal dunia dari akhirat. Sadarkah kita Tuhan itu wujud? Tuhan itu ada. Tetapi akan hadirnya seseorang yang memberi nafas baru bagi insan yang memerlukan. Kita tidak tahu nasib kita hari esok, mungkin kita berada di alas kaki yang berdebu hina, mungkin juga berada di atas kayangan dipandang mulia. Bersama-samalah kita fahami yang tersurat dan mencari yang tersirat.

Balada wanita penjaja cinta


Pernahkah kau renungkan
Begitu hitamnya hidupmu
Aku tak pernah rela
Kau ada disudut sana
Pernahkah kau bayangkan
Begitu kelamnya hidupmu
Aku tak pernah rela
Kau ada disudut sana
Kau tak pernah memahami
Kau tak pernah tau hati ini
Ingin kubawa dirimu tanpa penyesalan
Tanpa keterpaksaan
Menghapus hitamnya hidupmu

-JinggaTersenyum-



Oyasumi Tomodachi.

-tasta-



Wednesday, 18 June 2014

Jadikan perpisahan ini perpisahan yang termanis.

Tirai Penutup JUNE 2014 (UMK, Bachok)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang bakal berkunjung tidak lama lagi.

Lama benar saya tidak meluangkan masa di ruangan ini kerana kekangan masa yang melampau mencemburui diri ini.Di akhir penutup semester 4 ini, banyak dugaan yang datang tanpa kenal erti lelah. Aku di uji ketahanan iman yang jitu, aku di uji kesetiaan janji, aku di uji kecekalan hati, aku di uji persediaan mental dan fizikal, aku di uji tentang bumi bachok ini, aku di uji lagi tentang persahabatan, aku di uji dengan deraian air mata, aku di uji untuk menjadi anak yang solehah, aku di uji dengan pengkhianatan, dan aku di uji dan menguji diri sendiri.Pengakhiran sem 4 ini, banyak yang dirasai, pengalaman cukup mendewasakan aku, menjadi manusia bukan sahaja celik tentang IT tetapi celik tetang rentetan kehidupan.Apa MAKNA DALAM HIDUP?Mengalami pengalaman di akhir-akhir ini cukup membuat aku sedar, hidup ini seolah-olah tidak bermakna dalam melengkapi apa yang diperintahkan oleh-NYA.Manusia tidak takut,, tidak gentar kerana nafsu bermaharajalela dalam jiwa yang telah menjadi hitam dan busuk seperti bangkai. AKU? aku juga tidak sempurna, aku juga pendosa, tapi aku belajar dari kesilapan. Aku bangkit untuk melawan arus, sekarang duniawi semata-mata kembali bermain dimata aku.Adakah ini ujian Mu TUHAN?? adakah ingin menyedarkan aku tentang hinanya segelintar manusia dalam tidak menghayati indah dunia jika disemai seiring dengan akhirat?Indahnya ISLAM jika di hayati dengan tulus, HIDAYAH Allah akan sampai pada mereka.Lalu aku bangkit lagi,, bangkit mencari,, apa yang aku hilang? apa yang aku cari? apa yang ingin aku kutip? !! lalu bertanya lagi ,, layakkah aku dalam memperjuangkan dakwah ini? layakkah aku memperjuangkan jalan Allah? sedangkan aku sendiri tidak sempurna,,, sedangkan aku seorang pendosa,,Tapi aku pahat di sudut hati,,, Allah maha pengampun,,,dan penyayang,, Tiada yang lain,, hanya DIA,,,Tidak dapat diungkap dengan lisan yang termudah, kerana zahirkan yang tersurat disebalik yang tersirat.



Oyasumi mina san.

-tasta-