Sunday, 3 November 2013



Matahari semakin condong ke barat. Warna alam kian bertukar suram. Seketika nanti, pasti malam akan melabuhkan tirainya. Sama seperti semalam. Sama seperti hari ini. Juga esok. Itu ketentuan ALLAH. Dia yang membuat ketetapan. Dia yang membuat keputusan, sebagai insan biasa, manusia tidak punya hak untuk bertanya.
Mengapa begitu kejadiannya?
Mengapa mesti ada malam?
Ada siang?
Mengapa tidak hanya ada malam sahaja atau mengapa tidak ada siang sahaja?
Mengapa?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Kehidupan manusia sebenarnya ibarat sebuah teater yang dipentaskan. Dimana manusia-manusia adalah para pelakonnya. Watak-watak yang dilakonkan pebagai. Ada baik. Jahat. Penuh dengan warna-warni. Sama seperti yang dipaparkandikaca-kaca tv. Namun skrip-skrip itu dibuat oleh pengarang. Seorang manusia biasa ciptaan ALLAH yang alpa gara-gara nikmat dunia.
Sedang skrip-skrip manusia itu sendiri ditetapkan oleh Nya. Manusia harus melakonkan watak-watak itu suka atau tidak. Tidak ada perubahan kecuali dengan usaha dan doa. Selebihnya, manusia hanya mampu pasrah. Melangkah dengan sepenuh hati.
Itulah TAKDIR!


















Antara Kita Pengakhirannya,,

Andai dapat ku ulangi masa,
akanku tarik semula kata-kata ku,
Ibarat pedang yang baru diasah,
dan ditunuskan tepat ke dadamu,

kau memang adalah Rama,
yang bertapa ditujuh puncak kayangan,
dan aku tidak pantas menjadi Sita Dewi,
yang bertafakur sendirian di padang Sahara,
Kerna aku goyah tanpamu,,
tapi,benarkah?

Ahhhhh,, tidak!! Ego ku lebih penting dari perasaan mu!
tapi benarkah?

Kekeliruan telah menyebabkan aku menolakmi ke lembah
kekecewaan dan air mata,
,,, Aku menyayangi mu,,
tapi aku takut !
kerana cintaku terhadap 'Sang Pencipta' lebih besar dari segalanya,,
dalam meniti & menilai perbezaan yang tak mustahil untuk dibezakan,
Aku tahu, aku tidak layak untuk menilai,,
tapi,,,,,,,,,,,,,,,,,
Andai diberi satu pilihan,,
akan ku pilih,,
'Sang Pencipta'


Disebut dalam surah Al-An'aam..

"Katakanlah :'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memeihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian sahaja aku perintahkan, dan aku (diantara seluruh umatku) adalah orang islam yang awal pertama-(yang berserah diri kepada ALLAH dan mematuhi perintahnya)' "


=)
Sajak yang ditulis khas untuk seseorang insan yang istimewa,, 4tahun lepas...

Kekasih

Agar dapat melukiskan hasratku, Kekasih,
Taruh bibirmu seperti bintang dilangit kata-katamu,
ciuman dalam malam yang hidup,
dan deras lenganmu memeluk daku,
seperti suatu nyala bertanda kemenangan,
benderang dan abadi,,,,