Wednesday, 18 June 2014

Jadikan perpisahan ini perpisahan yang termanis.

Tirai Penutup JUNE 2014 (UMK, Bachok)

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang bakal berkunjung tidak lama lagi.

Lama benar saya tidak meluangkan masa di ruangan ini kerana kekangan masa yang melampau mencemburui diri ini.Di akhir penutup semester 4 ini, banyak dugaan yang datang tanpa kenal erti lelah. Aku di uji ketahanan iman yang jitu, aku di uji kesetiaan janji, aku di uji kecekalan hati, aku di uji persediaan mental dan fizikal, aku di uji tentang bumi bachok ini, aku di uji lagi tentang persahabatan, aku di uji dengan deraian air mata, aku di uji untuk menjadi anak yang solehah, aku di uji dengan pengkhianatan, dan aku di uji dan menguji diri sendiri.Pengakhiran sem 4 ini, banyak yang dirasai, pengalaman cukup mendewasakan aku, menjadi manusia bukan sahaja celik tentang IT tetapi celik tetang rentetan kehidupan.Apa MAKNA DALAM HIDUP?Mengalami pengalaman di akhir-akhir ini cukup membuat aku sedar, hidup ini seolah-olah tidak bermakna dalam melengkapi apa yang diperintahkan oleh-NYA.Manusia tidak takut,, tidak gentar kerana nafsu bermaharajalela dalam jiwa yang telah menjadi hitam dan busuk seperti bangkai. AKU? aku juga tidak sempurna, aku juga pendosa, tapi aku belajar dari kesilapan. Aku bangkit untuk melawan arus, sekarang duniawi semata-mata kembali bermain dimata aku.Adakah ini ujian Mu TUHAN?? adakah ingin menyedarkan aku tentang hinanya segelintar manusia dalam tidak menghayati indah dunia jika disemai seiring dengan akhirat?Indahnya ISLAM jika di hayati dengan tulus, HIDAYAH Allah akan sampai pada mereka.Lalu aku bangkit lagi,, bangkit mencari,, apa yang aku hilang? apa yang aku cari? apa yang ingin aku kutip? !! lalu bertanya lagi ,, layakkah aku dalam memperjuangkan dakwah ini? layakkah aku memperjuangkan jalan Allah? sedangkan aku sendiri tidak sempurna,,, sedangkan aku seorang pendosa,,Tapi aku pahat di sudut hati,,, Allah maha pengampun,,,dan penyayang,, Tiada yang lain,, hanya DIA,,,Tidak dapat diungkap dengan lisan yang termudah, kerana zahirkan yang tersurat disebalik yang tersirat.



Oyasumi mina san.

-tasta-