Tuesday, 12 November 2013

Esok Tak Sama Seperti Semalam.

 Assalamualaikum, Konbanwa..

Jika bercakap tentang hari ini, aku  beranikan diri untuk mencuba berniqab penuh. Ternyata aku hampir menitiskan air mata. Sebak, terlalu gugup..
Kenapa?
Aku hanya manusia biasa,, tiada niat untuk mempersenda atau menunjuk-nunjuk. Ianya terpulang pada niat diri sendiri.
Jika bercakap tentang niat aku?
Hanya ALLAH yang tahu.
Terlalu ingin berubah, bertutup penuh tanpa mendedahkan aurat.
Cuma mungkin hidayah ALLAH masih belum sampai.
Ya! orang akan cakap sampai bila? dunia kiamat baru nak sampai seru?
Bukan, jika bercakap dari segi intelektual...
Aku masih belum sempurna akidah,ibadah,rohani dan jasmani.
Besebab kenapa ALLAH masih belum membuka pintu aku seluas hamparan dunia ini. Segalanya besebab. Doakan aku teman agar suatu hari nanti aku akan berniqab penuh. Ingin sekali menjadi hamba yang dipandang oleh Nya.InsyaALLAH.
Hari esok pasti ada sinar pelangi yang lagi indah, jika kita terus berusaha dan berdoa dalam ikhlas menjalani kehidupan di bumi ALLAH ini.

Oyasumi Nasai.

Sekian.

Sunday, 3 November 2013



Matahari semakin condong ke barat. Warna alam kian bertukar suram. Seketika nanti, pasti malam akan melabuhkan tirainya. Sama seperti semalam. Sama seperti hari ini. Juga esok. Itu ketentuan ALLAH. Dia yang membuat ketetapan. Dia yang membuat keputusan, sebagai insan biasa, manusia tidak punya hak untuk bertanya.
Mengapa begitu kejadiannya?
Mengapa mesti ada malam?
Ada siang?
Mengapa tidak hanya ada malam sahaja atau mengapa tidak ada siang sahaja?
Mengapa?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Kehidupan manusia sebenarnya ibarat sebuah teater yang dipentaskan. Dimana manusia-manusia adalah para pelakonnya. Watak-watak yang dilakonkan pebagai. Ada baik. Jahat. Penuh dengan warna-warni. Sama seperti yang dipaparkandikaca-kaca tv. Namun skrip-skrip itu dibuat oleh pengarang. Seorang manusia biasa ciptaan ALLAH yang alpa gara-gara nikmat dunia.
Sedang skrip-skrip manusia itu sendiri ditetapkan oleh Nya. Manusia harus melakonkan watak-watak itu suka atau tidak. Tidak ada perubahan kecuali dengan usaha dan doa. Selebihnya, manusia hanya mampu pasrah. Melangkah dengan sepenuh hati.
Itulah TAKDIR!


















Antara Kita Pengakhirannya,,

Andai dapat ku ulangi masa,
akanku tarik semula kata-kata ku,
Ibarat pedang yang baru diasah,
dan ditunuskan tepat ke dadamu,

kau memang adalah Rama,
yang bertapa ditujuh puncak kayangan,
dan aku tidak pantas menjadi Sita Dewi,
yang bertafakur sendirian di padang Sahara,
Kerna aku goyah tanpamu,,
tapi,benarkah?

Ahhhhh,, tidak!! Ego ku lebih penting dari perasaan mu!
tapi benarkah?

Kekeliruan telah menyebabkan aku menolakmi ke lembah
kekecewaan dan air mata,
,,, Aku menyayangi mu,,
tapi aku takut !
kerana cintaku terhadap 'Sang Pencipta' lebih besar dari segalanya,,
dalam meniti & menilai perbezaan yang tak mustahil untuk dibezakan,
Aku tahu, aku tidak layak untuk menilai,,
tapi,,,,,,,,,,,,,,,,,
Andai diberi satu pilihan,,
akan ku pilih,,
'Sang Pencipta'


Disebut dalam surah Al-An'aam..

"Katakanlah :'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang memeihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian sahaja aku perintahkan, dan aku (diantara seluruh umatku) adalah orang islam yang awal pertama-(yang berserah diri kepada ALLAH dan mematuhi perintahnya)' "


=)
Sajak yang ditulis khas untuk seseorang insan yang istimewa,, 4tahun lepas...

Kekasih

Agar dapat melukiskan hasratku, Kekasih,
Taruh bibirmu seperti bintang dilangit kata-katamu,
ciuman dalam malam yang hidup,
dan deras lenganmu memeluk daku,
seperti suatu nyala bertanda kemenangan,
benderang dan abadi,,,,

Saturday, 2 November 2013

Kata Fiq


"cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut,,,!
Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu"

Cinta Kami



Cinta?
Satu perasaan sayang yang melebihi sayang yang biasa,,
Cinta? ianya luar biasa,,
Perasaan ini,,sangat-sangat membahagiakan,,,
Boleh mengubah seseorang yang muram menjadi tersenyum sepanjang masa,,
Cinta?
ia penuh dengan dugaan tapi ia tidak menyeksakan,,, malah ia terlalu indah.. tapi ianya kadang-kadang,,
Cinta itu bukan lahir kerana keterpaksaan tetapi cinta itu tulus dan ikhlas,,
Cinta juga buta,,tapi tak semua,,
Cinta? berseiringilah dengan keyakinan sendiri,, untuk percaya dan melangkah penuh kasih sayang, kejujuran berjalan dan menempuh hari-hari gelap bersama,,,

Jika muslim mungkin akan berkata "Cinta kami semegah, seteguh,sehebat,seindah dan sesuci Taj Mahal,,"

Cinta?
ia juga ibarat perhentian,, satu demi satu perhentian yang kita terpaksa tempuhi,,
memang memenatkan bila ianya menyakitkan kita,,
tapi ia takkan jadi penat jika ianya bertentangan,,

Banyak tafsiran yang ddibuat 'apa itu cinta?'

tapi yang saya sentiasa tahu cinta itu milik kita,,selamanya,,,
cuma terpulang pada diri sendiri bagaimana nk terajui,,
 Satu perasaan mulia bila kita mencintai seseorang itu secara simpati dari paksaan,,,
tapi kenyataanya?
cinta itu bukan paksaan atau simpati,,
Cinta itu lahir dari mata turun ke hati,, menjadi satu keikhlasan yang tepu,,
 cuma ingat,,


"Cinta itu tidak menyeksakan tapi ia penuh dengan dugaan",,,,


-TASTA-

Yang Terindah

Sayangku,
Matamu berkaca-kaca,
Bersinar tajam bagai panah rajuna,
Membakar jantungku,
Senyummu terlalu mahal,
Bagai permata,
Untuk Ku sulam dihati,
Mungkinkah..
Sinar mata dan senyumanmu,
Bisa bicara,
Tentang diri kita suatu masa nanti..

Kalau kau tak percaya,
Kau keluar dan intip sendiri,
Bulan penuh mengambang,
Menerangi alam,
Putih bersih,
Menawan dan cantik,
Secantik Wajahmu bila tersenyum,
dan aku pun tiba-tiba jadi perindu,,,

Sahabat

SAHABAT,

Kau umpama tasbih,
Yang ada mulanya tetapi
Tiada penghujungnya,,

Kau mampu meredakan apa jua
Kesulitan yang ku hadapi
Disaat ku goyah,,
Kau membangkitkan
ketabahanku kembali,
Ketabahan yang setanding Ibrahim dan Hajar,
Kau sentiasa menjaga perhubungan kita,
Umpama Rasulullah S.A.W dan para sahabat,
Kau mahukan aku sebahagia Yusuf dan Zulaikha,
Walaupun kau sendiri berduka,

Sahabat,
Saat kau menangis dalam diam,
Aku mampu mendengar sendumu itu,,
Saat kau berduka membuatkan hatiku,
Berjerebu seakan awan sajak mu,,

Sahabat,
Kau sentiasa disisiku,
Sesetia Sulaiman dan Balqis,
Sedarkah kau sahabat perhubungan ini seindah,
Perhubungan Adam dan Hawa,,

-tasta-