Sunday, 3 November 2013



Matahari semakin condong ke barat. Warna alam kian bertukar suram. Seketika nanti, pasti malam akan melabuhkan tirainya. Sama seperti semalam. Sama seperti hari ini. Juga esok. Itu ketentuan ALLAH. Dia yang membuat ketetapan. Dia yang membuat keputusan, sebagai insan biasa, manusia tidak punya hak untuk bertanya.
Mengapa begitu kejadiannya?
Mengapa mesti ada malam?
Ada siang?
Mengapa tidak hanya ada malam sahaja atau mengapa tidak ada siang sahaja?
Mengapa?
Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Kehidupan manusia sebenarnya ibarat sebuah teater yang dipentaskan. Dimana manusia-manusia adalah para pelakonnya. Watak-watak yang dilakonkan pebagai. Ada baik. Jahat. Penuh dengan warna-warni. Sama seperti yang dipaparkandikaca-kaca tv. Namun skrip-skrip itu dibuat oleh pengarang. Seorang manusia biasa ciptaan ALLAH yang alpa gara-gara nikmat dunia.
Sedang skrip-skrip manusia itu sendiri ditetapkan oleh Nya. Manusia harus melakonkan watak-watak itu suka atau tidak. Tidak ada perubahan kecuali dengan usaha dan doa. Selebihnya, manusia hanya mampu pasrah. Melangkah dengan sepenuh hati.
Itulah TAKDIR!


















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.